Khamis, 2 Julai 2009

Dengan Panduan Ini, Anda Jimat Banyak!

Jimat Ker? Jom kita lihat apa yang anda boleh jimatkan:
  • alatan yg diperlukan memang ada di bilik anda!
  • anda tidak perlu maintain membeli krim tertentu
  • tidak perlu ke pusat rawatan kecantikan setiap minggu/bulan untuk membuang bulu roma atas bibir --> anda terpaksa membelanjakan RM10 atau lebih untuk setiap sesi!)
  • MASA! --> setelah mahir, anda hanya perlukan kurang 5 minit tiap sesi
  • PRIVACY --> anda boleh melakukan rutin ini sendiri tanpa perlu menebalkan muka meminta orang lain buatkan untuk anda

Tapi yg lebih mengujakan, anda mendapat BONUS yang tak ternilai iaitu KEYAKINAN! Anda akan lebih YAKIN dgn penampilan baru anda. Anda boleh bersolek dgn mudah, tersenyum dan bercakap dgn orang lain dgn LEBIH YAKIN.

Jadi, adakah RM20 terlalu mahal untuk kebaikan2 di atas? (^-^)

Kenapa Saya Menghasilkan Panduan Ini

Saya telah menyimpan rahsia ini selama 5 tahun. Saya memang sangat bersimpati dengan wanita lain yg bermisai namun saya segan untuk menanyakan secara direct "nak buang misai tak?". Saya fikir soalan begini tentu akan membuat air muka mereka berubah.

Jadi kini cara terbaik untuk membantu anda dan wanita bermisai yg lain, adalah melalui 'atas angin' seperti ini. Ya, saya tidak kenal anda maka tak ada sebab untuk anda malu lagi :)

Kalau nak membantu, kenapa dikenakan harga pula? Anda mungkin bertanya.

Harga itu adalah harga MASA yang telah saya curahkan untuk menghasilkan nota panduan ini. Saya telah menghabiskan masa hampir sebulan untuk menulis dan mengolah panduan ini supaya anda mudah belajar teknik ini melaluinya. Malah saya juga bersusah payah melukis gambarajah (walaupun saya tiada bakat melukis) supaya anda mendapat gambaran lebih jelas lagi. Saya menapisnya berkali2 supaya ia tidak meleret2 atau mengelirukan anda.

Dan yg lebih ekonomi lagi, bolehkah anda mengupah seorang mentor untuk mengajar anda apa yang anda ingin pelajari dgn kadar RM20?
Jika anda masih rasa ia mahal, sila rujuk satu lagi catatan saya di s i n i.

Saya yakin anda akan dapati nota atau manual ini berbaloi dgn duit yang anda laburkan. Walaupun saya tiada bersama anda untuk mengajar anda, anda boleh sentiasa merujuk saya kembali melalui 019-2685654 atau email adia_aqua@yahoo.com. (^-^)

Pengalaman Saya

Dahulu saya juga seperti anda. Ketika itu keyakinan diri saya sangat rendah. Saya malu bercakap dengan orang kerana saya terasa mereka lebih fokus pada 'misai' daripada mata saya. Saya juga malu bergambar kerana tidak suka melihat foto 'wanita bermisai' ini. Malah semasa di sekolah rendah, kawan2 saya menggelar saya sebagai 'kucing' disebabkan masalah ini.

Itu dahulu. Sekarang saya pun telah hampir lupa yg saya pernah menjadi wanita bermisai! (^-^)

Semuanya bermula ketika saya tinggal sebilik dengan pelajar luar negara di universiti saya dulu. Saya perhatikan tiap-tiap malam dia akan melakukan sesuatu proses di mukanya. Setelah ditanya, barulah saya tahu gadis yg berwajah gebu dan putih itu rupanya sejak azali mempunyai 'misai' juga. Namun ia tidak pernah diketahui sesiapa kerana sudah menjadi tradisi masyarakat di negaranya, anak-anak gadis akan diajar teknik rahsia tersebut supaya atas bibir mereka kekal licin dan tidak bermisai seperti lelaki.

Sukar dipercayai kerana saya ingatkan dia memang dilahirkan tidak bermisai. Sedangkan saya lihat kulit atas bibirnya begitu licin. Tiada langsung kesan seperti bercukur atau berlubang-lubang akibat bulu roma dicabut.

Mulanya saya takut untuk mencubanya kerana khuatir ia akan menyebabkan bulu roma atas bibir bertambah kasar dan tumbuh berlapis-lapis. Namun apabila diperhatikan selepas beberapa hari, saya masih tidak perasan apakah bulu roma yang baru telah tumbuh di wajah gadis ini. Ia masih kelihatan licin!

Dia mengajar saya caranya tapi saya tidak pernah mencubanya kerana takut ia akan menyakitkan.

Selepas setahun baru saya berani mencubanya. Rupanya ia tidaklah seteruk yg saya sangkakan (^-^)

Ia sangat mudah. Almost effortless!

Kini, dengan usaha yang sangat sedikit dan hampir tiada modal satu sen pun, saya boleh terus mengamalkan teknik ini tanpa perlu membuat apa2 rawatan di pusat kecantikan. Saya bebas melakukannya bila2 masa di rumah saya dan masa yang diperlukan pula tidak sampai 5 minit!
Jangan ketinggalan untuk mengetahui rahsia ini. Dapatkan Nota Panduan anda sekarang!

Gambar Dahulu Dan Sekarang

Berikut merupakan gambar2 penulis:

Sebelum Mengetahui Teknik Rahsia


Selepas Amalan Teknik Rahsia



Soalan Lazim

Berikut merupakan soalan-soalan lazim yang ditanya pada saya:



1. Adakah teknik ini memerlukan peralatan atau bahan-bahan tertentu?

Ya, anda cuma perlukan 3 alat dan saya jamin kesemuanya MEMANG ADA dalam rumah anda.




2. Adakah ia selamat diamalkan?

Sudah tentu! Saya telah mengamalkannya setiap minggu sejak 6 tahun lalu dan tidak pernah mengalami sebarang masalah ketika melakukannya. Saya menyimpannya sebagai rahsia saya namun saya akan dedahkan pada anda tidak lama lagi (^-^)


3. Adakah teknik ini mampu menghilangkan bulu roma saya buat selama-lamanya?

TIDAK! Bulu roma adalah sel hidup. Ia akan terus tumbuh selagi anda hidup, sama seperti kuku atau rambut anda yang terus panjang walaupun berkali-kali dipotong. Teknik ini bertujuan MENGAWAL PERTUMBUHAN bulu roma di atas bibir anda dengan MUDAH dan TIDAK MENYUSAHKAN anda. Tidak perlu bercukur yang membuatkan bulu roma jadi semakin kasar. Tidak perlu waxing yang cerewet. Dan juga tidak perlu mencabut misai anda dengan tweezer - itu sangat sangat menyakitkan!


4. Saya khuatir bulu roma akan tumbuh lebih banyak dan lebih kasar!

Teknik ini tidak menyebabkan efek sepertimana waxing, mencukur atau mencabut memakai tweezer. Pertumbuhan bulu roma diperlahankan dan tidak menyebabkan ia semakin banyak atau semakin kasar.


5. Berapa kerap ia perlu diamalkan?

Saya cadangkan anda mengamalkannya seminggu sekali bergantung pada kadar pertumbuhan semula bulu roma anda. Anda perlu ingat bulu roma juga adalah seperti rambut dan kuku anda. Ia tidak akan berhenti tumbuh sepanjang hayat anda. Anda cuma perlu rajin mengamalkan teknik ini supaya wajah anda selalu kelihatan licin tanpa bulu roma. Ia sangat mudah di mana setelah anda mahir, anda hanya perlukan 5 minit sahaja untuk rutin ini.


6. Saya berkulit putih. Jika saya buang bulu roma tentu atas bibir saya kelihatan kehijauan. Adakah cara untuk mengurangkannya?

Itu adalah 'complexion' semulajadi anda. Jika pipi anda kemerahan adakah anda mahu menghilangkannya? Ia adalah sesuatu yang biasa bagi org yg berkulit putih, seperti mana pipi merah anda.


7. ADAKAH IA MENYAKITKAN?
Anda mungkin perlu menyesuaikan diri dengan sedikit rasa pedih di atas bibir anda. Jika anda ikut saranan saya seperti di dalam buku ini, kesakitan itu boleh dikurangkan. Apabila anda telah selalu melakukannya dan semakin mahir, anda tidak akan merasa apa-apa. Kalau ada pun, ia tidak ubah seperti gigitan semut!


8. Apakah kelebihan teknik saudari berbanding teknik-teknik lain?

• Tidak ‘mengupas’ lapisan kulit sepertimana waxing.
• Pertumbuhan semula bulu roma lebih perlahan.
• Tidak menyebabkan iritasi berlebihan seperti teknik waxing atau tweezing.
• Boleh menanggalkan bulu roma satu persatu (lebih rapi).
• Tidak perlu menunggu bulu roma panjang. Apabila bulu roma mula tumbuh semula, anda boleh mengulangi teknik ini. Jadi, kulit anda licin tanpa bulu roma setiap masa!
• Tidak menghasilkan lebih banyak bulu roma atau menebalkan bulu roma (masalah yang akan dihadapi jika anda bercukur)
• Boleh mencabut walaupun bulu roma yang paling halus dari permukaan kulit.
• Mampu memperlihatkan kulit sebenar anda yang halus yang selama ini terlindung oleh bulu-bulu roma yang merimaskan!

Cubalah, anda pasti terkejut melihat wajah anda yang begitu berbeza setelah 'misai' anda tiada lagi! Pemakaian bedak juga lebih mudah!

PERHATIAN: Teknik ini merupakan RAHSIA penulis setelah lebih 5 tahun mengamalkannya tanpa sebarang kerumitan. Penulis mempelajari teknik ini dari sahabatnya yang berasal dari Timur Tengah. Teknik ini tidak pernah didedahkan dalam mana-mana penerbitan di Malaysia dan ini menjadikan ia SANGAT EKSKLUSIF kerana ia merupakan pendedahan rahsia peribadi. Teknik rahsia ini dihuraikan dalam bentuk NOTA PADAT setebal 8 halaman yang ditaip di atas kertas A4. Penulis juga melukis sendiri gambarajah langkah demi langkah supaya anda dapat mempelajarinya dengan mudah. Harga yang ditetapkan merupakan NILAI RAHSIA YANG DIDEDAHKAN, bukan nilai kertas. Harap maklum.