Khamis, 2 Julai 2009

Pengalaman Saya

Dahulu saya juga seperti anda. Ketika itu keyakinan diri saya sangat rendah. Saya malu bercakap dengan orang kerana saya terasa mereka lebih fokus pada 'misai' daripada mata saya. Saya juga malu bergambar kerana tidak suka melihat foto 'wanita bermisai' ini. Malah semasa di sekolah rendah, kawan2 saya menggelar saya sebagai 'kucing' disebabkan masalah ini.

Itu dahulu. Sekarang saya pun telah hampir lupa yg saya pernah menjadi wanita bermisai! (^-^)

Semuanya bermula ketika saya tinggal sebilik dengan pelajar luar negara di universiti saya dulu. Saya perhatikan tiap-tiap malam dia akan melakukan sesuatu proses di mukanya. Setelah ditanya, barulah saya tahu gadis yg berwajah gebu dan putih itu rupanya sejak azali mempunyai 'misai' juga. Namun ia tidak pernah diketahui sesiapa kerana sudah menjadi tradisi masyarakat di negaranya, anak-anak gadis akan diajar teknik rahsia tersebut supaya atas bibir mereka kekal licin dan tidak bermisai seperti lelaki.

Sukar dipercayai kerana saya ingatkan dia memang dilahirkan tidak bermisai. Sedangkan saya lihat kulit atas bibirnya begitu licin. Tiada langsung kesan seperti bercukur atau berlubang-lubang akibat bulu roma dicabut.

Mulanya saya takut untuk mencubanya kerana khuatir ia akan menyebabkan bulu roma atas bibir bertambah kasar dan tumbuh berlapis-lapis. Namun apabila diperhatikan selepas beberapa hari, saya masih tidak perasan apakah bulu roma yang baru telah tumbuh di wajah gadis ini. Ia masih kelihatan licin!

Dia mengajar saya caranya tapi saya tidak pernah mencubanya kerana takut ia akan menyakitkan.

Selepas setahun baru saya berani mencubanya. Rupanya ia tidaklah seteruk yg saya sangkakan (^-^)

Ia sangat mudah. Almost effortless!

Kini, dengan usaha yang sangat sedikit dan hampir tiada modal satu sen pun, saya boleh terus mengamalkan teknik ini tanpa perlu membuat apa2 rawatan di pusat kecantikan. Saya bebas melakukannya bila2 masa di rumah saya dan masa yang diperlukan pula tidak sampai 5 minit!
Jangan ketinggalan untuk mengetahui rahsia ini. Dapatkan Nota Panduan anda sekarang!